Sunday 19 May 2013

Epilog IV

Tiap detik aku kecanduan diracuni ilmu.Bangunan separa usang ini menawarkan kepadaku petulangan intelektualisme dengan kemungkinan kemungkinan yang amat luas.Tiap hari aku terlalu tercabar untuk memacu kreativitiku dalam bidang yang kuusahakan.Aku mengulangkaji kuliah yang mana jika ku kembali analogikan,pengalamanya bak cahaya yang tercampak jauh di dalam gerabak~seperti eksperimen Einstein itu sendiri,aku menyongsong cahaya ekonometri,statistik,algebra,dan falsafah ekonomi.Dan ku kira pastinya Einstein pasti mengatakan yang aku menyerap begitu banyak pelajaran dalam satu waktu yang relatif singkat.
Aku jadi khayal dengan teori teori Adam Smith.Buku bukunya yang luarbiasa ku baca berulang ulang kali.Aku sampai jadi hafal pada tajuk karya An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations.Mengulang ulang tajuk itu saja buat hatiku bergetar getar.Hebat dan terlalu istimewa karya tahun 1776 itu.Ianya tentang penegasan pemikiran dengan visi yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.Aku secara peribadi berpendapat,buku ini wajib dibaca oleh sesiapapun yang mengaku dirinya mahasiswa ekonomi,atau sesiapa saja yang bertanggungjawab menguruskan hajat hidup manusia di mana saja pun.Tak hairan lah jika lelaki Scotland itu diletakkan pada bangku no 37,kalah hanya satu nombor penting pada Sir Williams Shakespeare,sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah.Tetapi beliau mengatasi nombor Thomas Alpha Edison.
Secara perlahan,aku menjadi penganut fanatik ekonomi klasik ajaran Adam Smith.Aku selalu jadi terpegun membaca salinan buah fikiran beliau yang berusia melepasi 300 tahun.Aku selalu merenung potretnya yang bermata sendu tapi seakan akan meradang di luar perpustakaan kampus bersaiz 20R itu.Aku kerap merenung manusia yang mendidihkan ghairahku untuk menjadi ilmuan ekonomi ini.Sering aku terlopong di depan foto beliau dan kerapkali itulah aku cuba berdialog secara imaginasi dengannya.Fotonya itu selalu ku lihat seperti orang yang tersinggung kerana mereka yang disekelilingnya gagal memahami kegeniusan beliau.Aku sering menanyakan soalan ini.
"Bagaimana kau dapat menjadi sepintar ini,Tuan Adam Smith?"
Dia diam saja,acuh tak acuh pada pertanyaanku.Dari riak mukanya,seolah dia berkata:"Pergilah budak,mengacau saja lah kau ni!Kalau aku cakap pun,kau takkan faham!Belajarlah kau dengan pensyarah pensyarah tolol kau tu!!"
Aku berundur."Okey okey,Tuan tak perlu marah marah..."
Dan selalunya,aku akan berpaling dan meninggalkan beliau.Memang beliau selalu saja begitu.Moody.Tapi kali ini,langkah aku jadi keras.
"Hey budak! kau ni siapa?Mana asal kau?" Aku jadi pucat.Dia bertanya padaku!Aku berpusing,berjalan perlahan menghampiri Tuan Smith.Perlahan,aku menjawab:
"Dari Besut,Tuan Smith"
"Besut?Dimana tu?"
"Di Malaysia,Tuan.."
"Malaysia? Dimana Malaysia?"
Aduh,aku nak terangkan macam mana ni?Aku jadi bisu!
"Kau mahu menceritakan tentang negerimu?aku berminat untuk tahu!"
"Negeriku?"
"Ada tak orang orang genius di sana?"
Susah sungguh soalan tu.
"Cepat khabarkan padaku,adakah orang orang pintar di negerimu?"
Aku terlopong dan sesungguhnya aku ingin jujur.
"Ramai Tuan Smith.Dinegeriku ramai sekali insan insan pintar,pintar mencuri wang negara"
Wajah beliau merah padam.Matanya jadi terbeliak.Kemarahan ilmiah yang terkunci lama dalam wajahnya tunggu masa untuk meledak.Dia memberikan isyarat untuk aku mendekat.Lirikan matanya ke kiri dan ke kanan,seolah risau ada yang akan mendengar.Dia seolah berbisik padaku.
"Apa kataku dulu!Kau bacakan teoriku dulu?Benar kan? Pengaruh wang tak ubah seperti hasutan Iblis!"
"Kau tahu? mereka bersekongkol mengumpulkan wang agar negeri negeri sepertimu dapat berhutang!Lalu perlahan lahan negerimu akan tergadai!Merekalah ceti! Ceti model baru! Orang tengah bank..sekarang lihatlah negerimu,diikat dari luar dan digigit dari dalam..negerimu menuju bankrap!..Kau dengar sini,kau boleh tak simpan rahsia besar?Rahsia yang mana jika kau beritahu pada orang orang pintar di negerimu itu,negerimu itu akan selamat! Boleh kah kau simpan rahsia?"
'Kau dengar tak?Haaa...Aku cakap ni! Kau dengar tak?"Dia memerahkan biji matanya sambil menekan2 tubuhku.

"Weyy..kau ni kenapa?Tidur taknak basuh muka semua.Dah mengigau ngigau!"
"dah nak abis Subuh tuh..bangun cepat!"
Lama aku pandang muka Jiha.Mana pergi Tuan Adam Smith tadi? Huh,kacau betul lah Jiha nih,kalau tidak aku dah dapat satu teori rahsia Tuan Adam Smith itu!

No comments:

Post a Comment