Sunday 19 May 2013

epilog II

Sejak dari dulu,aku sering mengamati dan memerhati kehidupan itu sendiri.Mungkin saja aku menjadi obses pada tingkah laku pakcik dan juga kakakku sendiri.Memerhati bintang kata mereka.Aku pula selalu tertarik menjadi seperti life observer.Sejak aku menemukan fakta bahawa sebahagian besar orang tak seperti sebagaimana mereka nampak pada zahir,dan begitu banyak orang yang disalah tafsirkan.Dari sisi yang lagi satu,manusia mudah sekali menjatuhkan penilaian dan hukuman,judged minded.Aku pula,terikut ikut dengan tingkah diam Papa,suka mempelajari motivasi orang,mengapa dia berkelakuan begitu,mengapa dia seperti dia adanya,bagaimana perspektifnya atas sesuatu situasi,apa sajalah jangkaannya.Ternyata apa yang ada di dalam kepala manusia seukuran tempurung kelapa itu menjadi lebih kompleks dari sekumpulan galaksi.Kawan,disitulah daya tarikan terbesar menjadi seorang life observer.Aku ghairah mengenali rakan sekuliahku.Mahasiswa mahasiswa dari pelbagai bangsa di dalamnya membuat kelasku seperti makmal tingkah laku.Kelasku bukan sekadar ruang untuk belajar tentang perniagaan tapi juga universiti kehidupan!

No comments:

Post a Comment