Sunday 19 May 2013

Epilog 1

Subuh makin lama makin menginjak.Aku masih menungu di apartmen.Jiha tak kunjung pulang.Tak pernah sebelumnya dia begini.Sepulangnya aku sebentar tadi aku menunggu,tak ada khabar.Aku mula khuatir tapi tak tahu harus mencari ke mana.Se pagi2 ini kepalaku pening kerana tak tidur.
Aku tergopoh gopoh ke kampus.Kuharap dia ada di sana,sedang tekun mengaduk aduk zat ilmu di bangku yang biasanya kami akan duduk.Jika bukan untuk menelaah,mungkin sahaja untuk melepaskan lena sepicing dua.Tapi dia tidak ada.Aku bertanya pada tiap kenalan,tak seorang pun yang tahu.Jiha ghaib.
Aku pulang ke apartmen,berharap Jiha sudah menunggu di sana,sedang mengejutkanku di balik pintu,tertawa,menggodaku dengan jenaka,seperti selalu.Namun Jiha tak nampak batang hidungnya.Hari semakin petang,haruskah kulaporkan pada pihak berkuasa?
Ini perkara serius.Bukan baru sekali ku baca tentang penculikan orang Asia oleh sindiket,organisasi rahsia,atau penganut sakti si pemuja syaitan.Korbannya dipenggal atau dibedah untuk dipisahkan ginjalnya,bola matanya,jantungnya,atau bisa saja disedut sumsum tulang belakangnya untuk dijual atau untuk korban ritual sesat.Hatiku ngilu.
Bayangan bayangan seram meruntun hati.Aku berlari lari keluar dari aprtmen,tak tentu arah seperti ayam diburu.Menyelusuri tiap lorong.Tiba tiba aneh sekali,dari radio radio kecil para penjual bunga aku mendengar lagu yang sama.Semua radio memainkan lagu yang sama!Mana mungkin?Aku hayati lagu itu sampai usai,dan ianya makin aneh!Lagu yang sama itu berulang lagi,semuanya sama!Mustahil!
Mengapa semua stesen radio memutarkan lagu yang sama?Aku beranjak,ternyata syair itu mengikuti tiap langkahku.Aku berlari ketakutan dan ingin sahaja menyembunyikan diriku dalam keramaian,namun radio di kios kios surat khabar juga menitipkan lagu yang sama.Aku dikepung lagu mistik,yang syairnya berdengung di gegendang teingaku sepertitiupan mantera daripada mulut si Iblis.Apakah ini hanya pada pendengaranku?Mungkin kerana kalut kehilangan Jiha,aku menjadi gila?
Aku panik,berlari tunggang langgang ke stesen Metro,menerobos keramaian orang yang hairan memandangku.Aku melompat ke dalam Metro.Apa yang terjadi padaku? Pada Jiha.Perempuan yang sedari tadi disebelahku tak langsung mempedulikanku.Dia ternyata sedang khusyuk menikmati lagu dari headphone.Kuteliti lagu yang samar mendesis dari alat itu,dan aku hampir pengsan kerana yang ku dengar juga dari lagu yang sama.Bertahun tahun jarum kewarasan telah berdetak dalam kepalaku,dan petang ini jarum itu nyata mati.Aku telah menjadi gila.

No comments:

Post a Comment